Thursday, February 25, 2010

D!PERMUDAHKAN

Rasanya dah lama tak bukak blog ni. Dah 2 bulan rasanya. Nak kata sibuk sangat, tak jugak. Tapi tak pa lah. Tetiba ja malam ni terasa nak bukak blog ni.

Terlintas dalam hati tentang apa yang dah jadi kat diri sendiri selama 10 tahun ni. Syukur sangat sebab selama ni banyak ALLAH permudahkan urusan aku walaupun aku rasa aku jauh sangat dengan DIA. Errmmm...Sebenaqnya tak pernah perasan pon tentang ni. Tapi bila dok sorang-sorang barulah terpikiaq.

Boleh dikatakan kalau akan terjadi apa-apa yang aku tak sanggup nak hadapi, selalu ja aku berdoa agar Allah mudahkan. Alhamdulillah... tak pernah pon setakat aku bernafas sampai ke hari ini aku melalui saat yang begitu sukar sehingga aku tak mampu nak hadapi.

Andai ada pon, selepas tu akan ada something yang sweet sangat or memorable untuk aku. Betullah dalam firmanNYA:

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
الشرح: 7&8

Syukur sangat kerana aku dapat bernafas dalam nikmat Islam. Insyaallah seandai ada masalah yang menimpaku, aku tak akan mengeluh sebaliknya aku akan memohon pertolongan-NYA.

No comments:

Post a Comment