Thursday, February 25, 2010

D!PERMUDAHKAN

Rasanya dah lama tak bukak blog ni. Dah 2 bulan rasanya. Nak kata sibuk sangat, tak jugak. Tapi tak pa lah. Tetiba ja malam ni terasa nak bukak blog ni.

Terlintas dalam hati tentang apa yang dah jadi kat diri sendiri selama 10 tahun ni. Syukur sangat sebab selama ni banyak ALLAH permudahkan urusan aku walaupun aku rasa aku jauh sangat dengan DIA. Errmmm...Sebenaqnya tak pernah perasan pon tentang ni. Tapi bila dok sorang-sorang barulah terpikiaq.

Boleh dikatakan kalau akan terjadi apa-apa yang aku tak sanggup nak hadapi, selalu ja aku berdoa agar Allah mudahkan. Alhamdulillah... tak pernah pon setakat aku bernafas sampai ke hari ini aku melalui saat yang begitu sukar sehingga aku tak mampu nak hadapi.

Andai ada pon, selepas tu akan ada something yang sweet sangat or memorable untuk aku. Betullah dalam firmanNYA:

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
الشرح: 7&8

Syukur sangat kerana aku dapat bernafas dalam nikmat Islam. Insyaallah seandai ada masalah yang menimpaku, aku tak akan mengeluh sebaliknya aku akan memohon pertolongan-NYA.

Sunday, January 3, 2010

lembaran semester baru


Hari ni bermulanya semester baru. Alhamdulillah, akhirnya semester telah berakhir dengan selamat. Tapi keputusan exam tak kluaq lagi. Takut la!!!!! Berapa la aku dapat. Kawan yang blajaq kat uitm semua dapat result gempak-gempak. Rezeki depa.

Dalam sem ni ada aku kena blajaq subjek bm ngan pj. Awal tahun ni aku azam nak study secara smart. Pastu kalau dapat assignment aku tak mau tangguh dah! Aduh! azab tidoq lewat...sampai 4.00 pagi baru tidoq. Pastu pi kelas mata macam burung hantu sekoq-sekoq. Insyaallah aku akan cuba merealisaikan azam baruku ini. Kalau time school dulu tak dak pasai aku nak tidoq lewat. Even time exam aku tetap menghormati waktu tidoq. Aku berpegang kepada prinsip kawanku pikah.
pikah: " buat apa nak tidoq lewat, esok waktu kelas tidoq. Pastu cikgu ajaq tak
tak masuk apa."
aku: "betoi jugak kata hang"



Tapi prinsip tu dah tak boleh pakai dah bila dah masuk ipt. Mau kantoi exam kalau buat perangai tu. Alhamdulillah jugak sebab kawan-kawanku yang baru banyak jugak tolong untuk biasakan diri dengan suasana belajaq yang baru. Setakat ni saja coretan aku untuk hari ini sebab ink pown dah nak kering ni.