Dari zero pasal Kristian dan Bibble aku sudah dikira ada pengetahuan la tentang hal ini walaupun hanya sedikit. Dalam kursus yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Din aku didedahkan bagaimana nak baca Bibble. Bibble ni langsung tak macam Al-Quran Al-Karim.

sedang meneliti kandungan Bibble
Bibble King James Version
Bibble ni kalau ikut bahasa Greek ialah himpunan buku-buku yang dianggap suci oleh orang kristian. Dan Bibble ni juga ada beberapa versi iaitu King James, Revise Standard Version dsb.
Dalam kitab ini terbahagi kepada 2 iaitu perjanjian baru dan lama. Dalam kitab ni menceritakan tentang kisah nabi Isa, Musa dan juga para nabi yang lain.
Apa yang mengejutkan ialah dalam kitab ni menghina @memfitnah nabi-nabi yang lain. Antaranya ialah nabi Daud yang meniduri isteri orang sehingga mengandung dan pelbagai lagi kisah yang menghina para nabi. Nauzubillah.......
Dan aku yang bakal menggalas tugas sebagai pendidik dan pembawa panji-panji Islam harus bersiap sedia untuk mengukuhkan keimanan yang kental dalam hati generasi yang akan datang. Hal ini kerana semakin hari semakin ramai remaja yang telah murtad. Dan hal ini tak pernah didedahkan secara langsung. Dan aku mendukung tugas yang amat berat untuk menangani hal ini..

No comments:
Post a Comment