Wednesday, November 11, 2009

DeMAm eXam

Dah nak dekat setahun tak pegang kertas exam akhirnya merasa jugak. Tapi yang tak tahannya masa nak menjawab hanya sejam 15 minit. Tak cukup la masa jawab banyak tu. Hari first paper bahasa Inggeris. Tak sempat nak pikiaq pa time tu. Nak buat essei lagi.summary lagi........adoi! Tulisan tu toksah nak cakap la. Tulisan adik aku yang 5 tahun tu lagi lawa kowt.

Abeh ja exam aku terus call mak aku. Aku cerita la masa tak cukup nak jawab. Pastu mak aku kata la "dah kita tu nak jd cikgu. Mesti la cepat nak buat sesuatu benda." aku pun hanya mengiakan saja.

Bila aku fikir balik releven jugak kata-kata mak aku yang tersayang tu. Kawan-kawan aku pun setuju ngan mak aku.

Keesokan harinya paper arab pulak. Ya Allah!!! aku tak tau la aku jawab apa atas kertas tu. Apapown tawakal je la

Minggudepan paper P.A plak.So, kena study betul-betul.....pastu balik rumah!!!!
Rindunya kt mak ngan ayah!!!

Tuesday, November 3, 2009

aku dan bibble

Alhamdulillah kupanjatkan sebab aku adalah antara yang terpilih untuk mengikuti kursus Pengkaderan Dakwah. Kursus tu bagi aku macam-macam maklumat pasal kristian dan bibble.

Dari zero pasal Kristian dan Bibble aku sudah dikira ada pengetahuan la tentang hal ini walaupun hanya sedikit. Dalam kursus yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Din aku didedahkan bagaimana nak baca Bibble. Bibble ni langsung tak macam Al-Quran Al-Karim.





sedang meneliti kandungan Bibble


Bibble King James Version

Bibble ni kalau ikut bahasa Greek ialah himpunan buku-buku yang dianggap suci oleh orang kristian. Dan Bibble ni juga ada beberapa versi iaitu King James, Revise Standard Version dsb.
Dalam kitab ini terbahagi kepada 2 iaitu perjanjian baru dan lama. Dalam kitab ni menceritakan tentang kisah nabi Isa, Musa dan juga para nabi yang lain.

Apa yang mengejutkan ialah dalam kitab ni menghina @memfitnah nabi-nabi yang lain. Antaranya ialah nabi Daud yang meniduri isteri orang sehingga mengandung dan pelbagai lagi kisah yang menghina para nabi. Nauzubillah.......


Dan aku yang bakal menggalas tugas sebagai pendidik dan pembawa panji-panji Islam harus bersiap sedia untuk mengukuhkan keimanan yang kental dalam hati generasi yang akan datang. Hal ini kerana semakin hari semakin ramai remaja yang telah murtad. Dan hal ini tak pernah didedahkan secara langsung. Dan aku mendukung tugas yang amat berat untuk menangani hal ini..

kursus perkaderan dakwah

Hihihihi........

Aku cuma nak share ja aku punya pengalaman masa aku pergi kursus kt Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Kursus tu bertajuk kursus Perkaderan Dakwah...........

Pada mulanya aku tak nak ikut pon kursus tu. Ye la aku dengan classmates aku yang perempuan dah sebulat kata nak ikut kelas rawatan camna nak menghadapi histeria di sekolah... ilmu dari Darul Syifa' weyh............

Namun....hati kami telah hancur apabila ketua kelas masuk dan bagitau kami satu kelas kena mengikuti kursus di ILIM. Adoi!!
Actually hati berat nak ikut kursus tapi ikhlaskan je la.

Masa ketua kelas bagi tentatif program agak terkejut biawak jugak la. Mana taknya, ada pasal Kristian la Bibble la...Takut weyh ........tp...Just be rasional...





ILIM


Pada hari yang ditetapkan (Jumaat) pukul 3 kami satu kelas pon bergerak ke ILIM..perjalanan ke sana mengambil masa 5 minit. Ya la... sebelah maktab aku ja pon....hahaha