Monday, December 28, 2009

Dah lama tak jumpa kawan-kawan.Rindu ni tak tau nak kata la.Ya la dari form 1 kami rapat.Dah macam adik beradik. kami selalu share masalah sama-sama.Baik yang jahat mahupun baik. Mungkin sebab tu kami rapat. Walaupun kat sekolah dulu ada ja masalah yang kami create...betul kata cikgu kalau kita jadi skema ja masa sekolah tak seronok..hahaha..Tulah life namanya...

So, baki-baki cuti yang ada aku ajak kawan yang masih bercuti keluar ke Alor Setar la..mana lagi . Tempat tu la kami selalu tuju pun... Lantas tangan aku ligat menekan keyboard laptop aku.Nasib aku baik coz Dayah online....niat di hati diutarakan....Dia pun apa lagi setuju la aku pulak mula la ajak kawan baik aku miza, aindiz,ilah...(depa cuti)

Pelan diatur dengan sebaik mungkin. Tapi nasib tak menyebelahi aku sebab Dayah tak jadi keluar pulak. Tak pa la aku..... pujuk hati ni.

Esoknya Ilah kata dia tak dak transport nak kluaq. Aduh!!! Sorang lagi.. Tapi miaza dah naik bas. Ain pulak tak bgtaw apa pun. Pastu dia gtaw tak jadi.

miza

Kesian pulak kat miza. Bila dia gitaw dia dah sampai, aku pun apa lagi terus la bersiap. Hampir sejam miza tercongok kat depan McD aku pun sampai...hahaha..kesian dia.Miza aku mintak sorry yerk...

Pastu km menjamu perut yang sedang berteriak dengan burger McD...lepas solat kami jalan ke pacific. Then anis juliani gtaw nak kluaq jugakk....kami pun apa lagi ...tafaddholi ya ukhti... bila dah berjumpa kami pun bercerita dan bertanya khabar kawan-kawan yang lain...jadi la walaupun kami 3 ja. Banyak la jugak info dan perkembangan kawan-kawan yang kami tahu.

Petang menjengah kami pun balik naik bas...semuanya ada lesen tapi saja nak mengurangkan pencemaran udara...insyaallah cuti nanti kita keluar dengan yang lain pulak...

Tuesday, December 8, 2009

KHASIAT BUAH KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

h_dd26.jpg (19498 bytes)

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

h_dd27.jpg (32536 bytes)

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Wednesday, November 11, 2009

DeMAm eXam

Dah nak dekat setahun tak pegang kertas exam akhirnya merasa jugak. Tapi yang tak tahannya masa nak menjawab hanya sejam 15 minit. Tak cukup la masa jawab banyak tu. Hari first paper bahasa Inggeris. Tak sempat nak pikiaq pa time tu. Nak buat essei lagi.summary lagi........adoi! Tulisan tu toksah nak cakap la. Tulisan adik aku yang 5 tahun tu lagi lawa kowt.

Abeh ja exam aku terus call mak aku. Aku cerita la masa tak cukup nak jawab. Pastu mak aku kata la "dah kita tu nak jd cikgu. Mesti la cepat nak buat sesuatu benda." aku pun hanya mengiakan saja.

Bila aku fikir balik releven jugak kata-kata mak aku yang tersayang tu. Kawan-kawan aku pun setuju ngan mak aku.

Keesokan harinya paper arab pulak. Ya Allah!!! aku tak tau la aku jawab apa atas kertas tu. Apapown tawakal je la

Minggudepan paper P.A plak.So, kena study betul-betul.....pastu balik rumah!!!!
Rindunya kt mak ngan ayah!!!

Tuesday, November 3, 2009

aku dan bibble

Alhamdulillah kupanjatkan sebab aku adalah antara yang terpilih untuk mengikuti kursus Pengkaderan Dakwah. Kursus tu bagi aku macam-macam maklumat pasal kristian dan bibble.

Dari zero pasal Kristian dan Bibble aku sudah dikira ada pengetahuan la tentang hal ini walaupun hanya sedikit. Dalam kursus yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Din aku didedahkan bagaimana nak baca Bibble. Bibble ni langsung tak macam Al-Quran Al-Karim.

sedang meneliti kandungan Bibble

Bibble King James Version

Bibble ni kalau ikut bahasa Greek ialah himpunan buku-buku yang dianggap suci oleh orang kristian. Dan Bibble ni juga ada beberapa versi iaitu King James, Revise Standard Version dsb.
Dalam kitab ini terbahagi kepada 2 iaitu perjanjian baru dan lama. Dalam kitab ni menceritakan tentang kisah nabi Isa, Musa dan juga para nabi yang lain.

Apa yang mengejutkan ialah dalam kitab ni menghina @memfitnah nabi-nabi yang lain. Antaranya ialah nabi Daud yang meniduri isteri orang sehingga mengandung dan pelbagai lagi kisah yang menghina para nabi. Nauzubillah.......

Dan aku yang bakal menggalas tugas sebagai pendidik dan pembawa panji-panji Islam harus bersiap sedia untuk mengukuhkan keimanan yang kental dalam hati generasi yang akan datang. Hal ini kerana semakin hari semakin ramai remaja yang telah murtad. Dan hal ini tak pernah didedahkan secara langsung. Dan aku mendukung tugas yang amat berat untuk menangani hal ini..

kursus perkaderan dakwah

Hihihihi........

Aku cuma nak share ja aku punya pengalaman masa aku pergi kursus kt Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Kursus tu bertajuk kursus Perkaderan Dakwah...........

Pada mulanya aku tak nak ikut pon kursus tu. Ye la aku dengan classmates aku yang perempuan dah sebulat kata nak ikut kelas rawatan camna nak menghadapi histeria di sekolah... ilmu dari Darul Syifa' weyh............

Namun....hati kami telah hancur apabila ketua kelas masuk dan bagitau kami satu kelas kena mengikuti kursus di ILIM. Adoi!!
Actually hati berat nak ikut kursus tapi ikhlaskan je la.

Masa ketua kelas bagi tentatif program agak terkejut biawak jugak la. Mana taknya, ada pasal Kristian la Bibble la...Takut weyh ........tp...Just be rasional...

ILIM

Pada hari yang ditetapkan (Jumaat) pukul 3 kami satu kelas pon bergerak ke ILIM..perjalanan ke sana mengambil masa 5 minit. Ya la... sebelah maktab aku ja pon....hahaha